Dari Sultan hingga Ataturk: Turki

Dari Sultan hingga Ataturk: Turki
Brand: IBDE
Product Code: dshatam
Availability: 3
Price: RM29.00 RM26.00
Ex Tax: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Penulis: Andrew Mango

Terjemahan daripada From The Sultan to Ataturk: Turkey

Buku ini menceritakan tentang pembentukan sebuah negara Turki moden yang penuh berliku menerusi rundingan-rundingan dalam beberapa Perjanjian Damai di Paris. Dr. Andrew Mango bukan hanya menganalisa perjalanan dan keputusan-keputusan yang dibuat dalam rundingan tersebut, malahan dia juga membentangkan secara perinci latar tokoh-tokoh yang terliba, helah dan muslihat politik mereka, keadaan dan peristiwa yang membawa kepada rundingan, ikhtiar diplomatik,dan menerangkan tentang kepentingan politik dan ekonomi negara-negara seperti Great Britain, Perancis, Greece, dan juga Amerika Syarikat serta Itali.

Bagaimanapun, tahun-tahun akhir Empayar Uthmaniyah dan tahun-tahun awal negara Turki moden tetap menjadi tumpuan utama penceritaan. Mango menceritakan tentang semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal – tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawan dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati, dan penyabar – sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya, dan meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut.

Kesimpulan terpenting yang dapat diambil daripada buku ini ialah kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas keruntuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan, tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk.

 
 
Jumlah halaman
Jumlah halaman 226
ISBN
ISBN 9789671441855

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 myBukuOnline.com
Customer Service : ilhan.resources[at]gmail.com