Abraham Lincoln: Tahun-tahun Perang (Jilid 2)

Abraham Lincoln: Tahun-tahun Perang (Jilid 2)
Brand: IBDE
Product Code: alttpibde
Availability: 3
Price: RM56.00 RM50.00
Ex Tax: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Penulis: Carl Sandburg

Terjemahan daripada Abraham Lincoln: "The War Years"

Pemilihan Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada tahun 1861 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong perhambaan, sehinggakan beliau diancam bunuh.

Amerika berpecah lebih teruk apabila penyokong perhambaan memisahkan beberapa negeri untuk membentuk Konfederasi.

Lincoln tidak mempunyai banyak pilihan. Beliau membentuk Kabinet campuran yang terdiri daripada tokoh-tokoh Republikan dan Demokrat, mendakwa tindakan Negeri-negeri memisahkan diri dan membentuk Konfederasi sebagai tidak sah, mendapatkan sokongan Demokrat dan orang ramai untuk mempertahankan Kesatuan, melancarkan Perang Sivil demi tujuan tersebut.

Tahun-tahun Perang (Jilid 2) mengisahkan bagaimana sulitnya Lincoln berusaha mempertahankan Kesatuan, termasuk dengan mengambil langkah berani membuat Perisytiharan Pembebasan.

Ketika ramai penyokong Kesatuan mulai meragui Perang Sivil sebagai langkah wajar untuk keluar daripada kemelut yang meruncing di Amerika, Lincoln bertegas untuk meneruskannya semasa menyampaikan ucapan di Gettysburg yang masyhur dalam mendefinisikan demokrasi - pemerintahan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.

 
 
Jumlah halaman
Jumlah halaman 547
ISBN
ISBN 9789671441800

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 myBukuOnline.com
Customer Service : ilhan.resources[at]gmail.com