Wacana Tentang Kaedah

Wacana Tentang Kaedah
Brand: IBDE
Product Code: wtkbbdbdtmkdi
Availability: 3
Price: RM25.00 RM23.00
Ex Tax: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Penulis: René Descartes

Terjemahan daripada Discourse on the Method - René Descartes

Buku ini membuka lembaran baru dalam falsafah. Dalam sejarah falsafah, René Descartes (1596-1650) dikira sebagi pemula kepada falsafah moden. Discours de la méthode pour bein conduire sa raison et chercher la verité dans les sciences (Wacana Tentang Kaedah, bagaimana berfikir dengan baik dan mencari kebenaran dalam ilmu-ilmu) paling mewakili semangat falsafah moden yang dibawa Descartes.

Descartes dikenali dengan slogan cogito ergo sum, tetapi di dalam buku ini ungkapan itu disebut dalam bahasa ibunda beliau: je pense donc je suis, saya berfikir, maka saya wujud. Descartes mencari keyakinan setelah ragu terhadap segala ilmu bahkan kewujudan dirinya sendiri.

Filasuf ini turut memecah tradisi dengan menulis buku ini dalam bahasa ibundanya, bahasa Perancis, bukan bahasa masyarakat terpelajar, iaitu bahasa Latin. Beliau secara sedar ingin buku ini dibaca dengan meluas oleh bangsa beliau. Maka beliau memulakan trend gerakan bahasa-bahasa ibunda sebagai wahana Pencerahan dan bahasa pengucapan intelektual.

 
 
 
 
 
 
Jumlah halaman
Jumlah halaman 130
ISBN
ISBN 9789672117025

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 myBukuOnline.com
Customer Service : ilhan.resources[at]gmail.com